Popular Post This Week

Posted by : azizul95 October 19, 2013


Miina-san Assalamualaikum, Konnichiwa dan selamat sejahtera.

Kami segenap Sugoi no fansub mahu mengkhabarkan kepada semua pembaca blog kami tentang pembukaan kami sebagai fansub baru untuk mensarikatakan bahasa melayu. Ini sebagai langkah untuk meningkatkan martabat bahasa melayu kedalam pelbagai jenis filem. Jika masih ada yang belum tahu apa maksudnya fansub itu, ini saya akan terangkan. Baiklah fansub itu berasal dari perkataan "fan-subtitle" atau dalam bahasa melayu "peminat-sarikata".

Sedikit kata-kata dari Tokoh antarabangsa:
Nida, EA dalam Hoed , BH (1977) mengatakan bahawa:
Penterjemahan adalah peristiwa bahasa, yaitu suatu kegiatan komunikasi dengan mempergunakan bahasa, yakni kegiatan yang melibatkan pengirim dan penerima. yang dimaksudkan
dengan " penghantar " adalah " pembicara ", " penyusun ", " pengarang "
dalam "bahasa sumber " ( BSU ), sedangkan yang dimaksud
dengan " penerima " adalah " pendengar " atau " pembaca " - nya
dalam "bahasa sasaran " ( BSA) .


Koen Williwe (1972;163 – 164) mengatakan bahawa :
“ Translating consists in reproducing in the receptor language the
closest natural equivalent of the source language message, first in
terms of meaning and secondly in terms of style”.

“ Menerjemahkan merupakan kegiatan menghasilkan kembali ke dalam bahasa penerima yang sedekat -dekatnya dan sewajar - wajarnya sepadan dengan mesej dalam bahasa sumber, itu harus menyangkut maknanya dan kedua menyangkut gayanya”.

(Diambil dan diolah dari Sekolah Fansub)


Asalnya peranan fansub ini adalah untuk mensarikatakan filem-filem yang dikenali sebagai Anime dari bahasa Jepun kedalam bahasa mereka sendiri. Tokoh-tokoh atau staff yang perlu ada dalam sesebuah fansub itu ialah:

STAFF-STAFF
Encoder = Orang yang mengolah video dari Capper.
TL (Translator / Penterjemah) = Orang yang menterjemahkan anime / toku /drama.
TLC (Translator Checker) = Orang yang memeriksa apakah hasil terjemahan ada yang salah atau tertinggal.
Timer = Orang yang men-timing sub.
Typesetter = Orang yang memasang sign (tanda), memilih font, dan sebagainya.
Editor = Orang yang menyunting hasil kerja TL, Timer, dan Typesetter (dan biasanya Editor adalah ketua project).
QC (Quality checker) = Orang yang memeriksa hasil akhir sebelum project diedarkan.
Distro (Admin) = Orang atau Bot yang mengedarkan hasil kerja fansub.
Uploader = Memuat naik ke video yang siap ke pelbagai Laman Hostingan dan XDCC , DDL , torrent, dan sebagainya.
Kara-Effect = Orang yang akan menghias lirik OP/END serta karaokenya.

Baiklah, staff diatas bukan semuanya wajib untuk ada, tetapi staff seperti Translator, Translator Checker, Encoder, Typesetter dan Editor perlu ada. Walaupun kita lihat untuk menjadi fansub itu sangatlah susah dan pekerjaan mereka tidak dibayar kerana fansub adalah kerja relawan. Tetapi kalau sudah terbiasa dan mempuyai semangat yang tinggi untuk subbed anime, seorang staff sahaja sudah cukup untuk melakukan semua kerja diatas.

Susunan perjalanan pada umumnya :

1. RAW Staff akan memulai project dengan mencari RAW video (Video mentah yang boleh mencapai 500MB keatas) dipelbagai laman web atau Web RAW yang rasmi dan boleh diperolehi dengan percuma untuk diberikan kepada Encoder.

3. Setelah itu Encoder akan mula mengencode RAW Video tersebut kepada dua jenis iaitu RAW (Mengencode video kepada saiz yang lebih kecil dengan mengekalkan kualiti asli gambar itu), dan Work RAW (Mengencode video kepada saiz yang sangat kecil 50MB kebawah untuk digunakan oleh TL sebagai rujukan).

4. TL akan mula menterjemah Softsub inggeris yang diberikan oleh Distro.

5. Setelah TL selesai, TLC akan memeriksa hasil kerja TL.

6. Biasanya disaat TLC bekerja, Encoder sudah siap-siap dengan video yang nantinya dipakai untuk keluaran . Di waktu ini, kara-effect juga boleh memulakan kerja mereka setelah mendapat Work RAW dari Encoder.

7. TLC selesai, sekarang giliran Timer untuk membetulkan ketepatan masa sarikata itu keluar, dan typesetter adalah staff yang paling sukar kerena mereka harus membuat Effect, Move Sub, Colour Chosen, Logo dan banyak lagi. Tetapi typesetter juga kerja yang menyeronokkan kerana kita akan merasa puas apabila melihat effect-effect yang dibuat oleh kita bergerak dengan baik.

8. Jika Timer dan typesetter selesai, giliran Editor untuk menyuntingnya kembali agar lebih mudah difahami khalayak ramai.

9. Proses Editor selesai, hasil subnya dihantar ke Encoder untuk di mux (Memasukkan subtitle kedalam video) dan siap untuk keluaran.

10. Akhirnya QC bekerja dengan melihat semula hasil videonya.

11. Jikalau QC sudah mengatakan " Ok, sudah siap" akhirnya sampai di peringkat akhir di post di laman web, blog, atau IRC.


Baiklah itu saja kata alu-aluan atau pendahuluan untuk pembukaan fansub kami. Btw saya sekarang sedang memerlukan bantuan dari anda semua untuk menjadi staff kami di Sugoi no fansub. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli dalam fansub kami tolong Email atau mesej saja pada post Staff Recruitment diatas dan anda boleh melihat juga kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu staff itu, bagi yang masih belajar untuk jadi staff juga boleh cuba jadi "Staff Amatur" dan kami akan sedaya upaya menolong anda untuk menjadi "Staff Pro". Kami akan cuba postkan anime pertama dalam waktu terdekat nanti.

Oke deh, Mattane and Sayonara.

2 Responses so far.

  1. niwa87 says:

    Wah, baru perasan ada fansub melayu baru. Syabas dan semoga maju jaya. :)

  2. azizul95 says:

    @niwa87: Terima kasih atas sokongannya. Arigatou..

- Copyright © Sugoi no Fansub - Date A Live - Powered by Blogger - Edited by Azizul95 -